Monday, 11 July 2011

Bisyir ingat pada yang miskin

 Abu Nasr Bisyir Ibnu Al-Harits lahir pada 150 hijrah(767 Masihi).Asalnya beliau adalah seorang kaya dan suka berfoya-foya,tetapi kemudian mengubah hidupnya dengan menjalanikehidupan sebagai seorang fakir.Beliau sering mengembara di kota Baghdad dan berguru dengan ulama-ulama terkenal untuk mencari ilmu.
View Image
  Dikatakanpada suatu ketika,Bisyir pernah mempunyai tujuh buah amari berisi buku-buku hadis.Bagaimanapun beliau telah menanam buku-buku tersebut dan tidak mahu meriwayatkan hadis-hadis Nabi itu.Ramai yang bertanya kepada Bisyir,kenapa dia melakukan demikian.
  Jawab Bisyir,"Kerana aku melihat didalam diriku ada nafsu untuk meriwayatkannya.Nampaknya dengan nafsu tersebut,aku akan menjadi orang yang sombong.Padahal sombong itulah yang paling aku takuti."
  Selama 40 tahun Bisyir mengidam makan daging segar,tetapi dia tidak mempunyai wang untuk membelinya.Dia juga sangat ingin memakan kacang,tetapi tidak pernah merasainya.Juga,Bisyir dikatakan tidak pernah minum air segar yang digali oleh kerajaan.
  Seorang alim bercerita,"Suatu hari aku berjalan bersama Bisyir,ketika itu udara sangat sejuk.Dalam cuaca seperti itu kebanyakkan orang memakai pakaian tebal,tetapi Bisyir memakai pakaian nipis.Aku bertanya kepada Bisyir,kenapa berpakaian seperti itu.
  "Jawab Bisyir,'Itu kerana aku ingat terhadap orang miskin.Aku tidak mempunyai wang untuk membantu mereka,maka aku ingin merasakan apa yang mereka rasakan."

No comments:

Post a Comment